Archives

0

Doa Dalam Kemenangan

apis 11 September 2009



Memandangkan semua dah tak sabar dah tunggu post aku seterusnya, so hari ni aku post la..hehe..macam2 kene sindir..adoi..bgus2 kutukan membina..hehe. Ada je tapi hold dulu. Sebab sibuk sangat. Ok2, so chapter seterusnya pada kali ni, aku akan bawakan satu kisah bes..haa ni nak citer la sikit ni...kalau ada pen tak yah tulis lah, baca je..hehe.

Dalam bulan Ramadhan ni, ada satu kisah yang tak kurang penting jugak berlaku. Dalam bulan yang mulia ni berlakunya Perang Badar. Perang ni berlaku pada tahun kedua Hijrah yang menyaksikan pertembungan antara tentera Islam seramai 313 orang dengan tentera kafir Musyrikin seramai 1000 orang. Ish, gile toi... 3 kali ganda tu..dah tu tentera lawan lengkap bersenjata dan penuh dengan latihan ketenteraan sedangkan ada yang mengatakan tentera Islam hanya berkelengkapan senjata seperti pelepah tamar dan cangkul je..sempoi gile...

Tapi yang menariknya, dalam keadaan yang sedikit ni nak tunjuk kepada kita, Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Aku nak fokuskan keadaan Rasulullah sebelum perang. Sayunya aku bila aku imagine saat genting yang Rasullah dan umat Islam sedang hadapi masa tu. Rasulullah telah berdoa kepada Allah sambil bermunajat dengan sungguh-sungguh dan penuh pengharapan dengan memohon:

“Ya Allah Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini.”

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Haa..tengok tu, nak tunjukkan betapa khusyuknya Rasulullah berdoa. Sehinggakan Abu Bakar as-Siddiq yang berada di samping Baginda, tak tahan tengok keadaan Baginda lalu memujuk dengan berkata:

“Wahai Rasulullah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu.”


Selepas tu, turun wahyu yang menjanjikan pertolongan Allah kepada umat Islam dalam perang ni. Sebagaimana dipetik daripada Surah al-Anfal ayat 9 yang bermaksud:

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu diperkenankanNya bagimu, ”Sungguh, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”


Akhirnya, tentera Islam mengecapi kemenangan besar dengan izin Allah berbekalkan iman yang mantap dan strategi perang yang sistematik. Ternyata Allah telah memberi pertolongan kepada umat Islam, bukan saja dengan pertolongan malaikat bahkan angin dan debu. Sekaligus tersimpan kemenangan bermakna ini dalam lipatan sejarah Islam hingga kini. Wah, menang jugak akhirnya...

Actually, kisah ini secara tak langsung nak gambarkan dengan jelas peranan doa dalam kehidupan kita seharian. Kita as a Muslim dituntut berdoa hanya kepada Allah. Sesuai dengan apa yang Allah rakamkan dalam Surah al-Fatihah ayat 5:

“Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan.”


Betapa kita adalah makhluk yang lemah dan serba kekurangan. Oleh itu, manusia yang berhajatkan kepada pertolongan Allah, digalakkan berdoa bukan hanya masa susah or sakit je, bahkan dalam masa kita senang atau sihat. Bukankah Rasulullah ada menegaskan yang bermaksud:

“Doa adalah senjata mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi.” (Hadis riwayat Abu Ya’la)


Teringat aku masa dengar kuliah maghrib kat masjid kampung aku yang lawa tu. Ustaz tu kata, kita dengan sesama manusia, mesti ada yang tak suka kalau kita jenis yang mintak2 ni. Lebih2 lagi yang mintak banyak kali, mintak pula benda yang kita sendiri tak pernah ada, rasa nak baling dengan kasut Crocs saiz 7 je..hehe. Tapi Allah paling suka kalau kita meminta apa saja kepadaNya. Lagi banyak mintak lagi suka. Lagi banyak doa lagi suka. Minta je apa saje sebab Allah tu Maha Kaya.

Kehidupan yang diciptakan Allah untuk manusia ni penuh dengan ujian dan dugaan. Ia bagi menguji jauh mananya sabar kita. So, usah berputus asa kerana ada rahmat di sebaliknya yang kita tidak ketahui dalam hidup ini, teruskan lah berdoa pada Allah Pengasih, Pemurah dan Penyayang.. Pergh, macam lirik lagu Nice plak..hehe. Sori2, terbawa-bawa..hehe..

Pun begitu berdoa je tak cukup kerana setiap Muslim tak digalakkan hanya harapkan bantuan Allah semata-mata tanpa sebarang usaha terlebih dulu. Tawakal dalam Islam perlulah dengan daya usaha dan ikhtiar sungguh-sungguh nak dapat. Pastu, baru berserah kepada Allah. Muhasabah untuk diriku juga..
 
Copyright 2010 Dengan NafasMu