Archives

4

Mencari Pelangi

apis 31 December 2009
Gambar ni aku amik masa aku nak naik bas masa balik kampung..Sempat amik



Assalamualaikum…

Masa kita sekolah rendah dulu, kita mesti belajar Sains mengenai pelangi kan? Dalam kelas dulu cikgu Sains aku pernah tanya aku...

"Hafiz, cuba bagitahu pada kelas macam mana pelangi terbentuk?". Tergiang-giang soklan Cikgu Maryani kat telinga aku sampai skang ni. Masih aku ingat nama dia sampai hari ni. Mana tak nya, dalam kelas tu aku je paling kamcing ngan dia.

Aku pun jawab, "Pelangi terbentuk disebabkan pembiasan sinar matahari oleh titisan air yang ada di atmosfera. Ketika sinar matahari melalui titisan air, cahaya tersebut dibengkokkan sehingga memisahkan warna-warna yang ada pada cahaya tersebut". Terang dan jelas suara aku menguasai ruang udara dalam kelas 6 Zamrud masa tu.

Wah, jawapan aku sebijik skema dalam buku. Ha3x.. Masa tu kita hanya mengganggap ia sebagai satu fenomena. Daripada bagaimana ia terjadi sehingga warna-warna dalam pelangi, habis semua kita hafal. Mana kita tahu sumber dia? Sains yang membuktikannya.

Keindahan warna-warni sudah cukup untuk membuat kita kagum sejenak. Masakan tidak, dah la cantik, boleh nampak plak jarang-jarang. Sehingga terdetik dalam hati, mesti ada sang pencipta yang hebat menciptakannya.

Benar, sedar atau tidak sedar, Allah telah nyatakan dalam Quran telah berkurun lama.

”Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.”
(Fatir: 27)

Inilah bukti kekuasaan Allah, sudah cukup membuatkan kita merasa rendah diri dan lemah terhadap kehebatanNya. Subhanallah…
0

Berhijrahlah !

apis 21 December 2009


Assalamualaikum..

Sudah lama hamba tidak mengepost dalam blog ni..rindu plak rasanya..hehe.. sori sangat, maklum la banyak kekangan masa. Nak post je tak da tenet, bila ade tenet, tak da idea nak post plak..hehe...


Bersesuaian dengan tahun baru hijrah ni, marilah sama-sama kita muhasabah apakah yang kita lakukan sepanjang tahun yang lalu lantas meminta ampun dari Allah. Peristiwa ni menyingkap erti perjuangan sebenar Rasulullah, dihalang dalam usahanya untuk menyampaikan Islam tapi hatinya telah bersaksi untuk berdakwah hanya kerana Allah.


Dalam konteks kini, hijrah maknanya kita berubah dari tidak baik kepada yang baik dan dari yang sudah baik kepada yang lebih baik. Jika niat kita ikhlas kerana Allah, Insyaallah akan diganjarkan dengan sebaik-baik balasan.

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

[An Nisa’:100]

So, dengan semester pengajian kita yang sudah hampir seminggu bermula ni, Insyaallah kita buat yang terbaik untuk mendapat lebih kejayaan. Kita berusaha melakukan yang terbaik dalam cara kita belajar serta akhlak kita. Juga tingkatkan amal dalam kehidupan seharian. Barulah kita ini dikatakan muslim yang berilmu tinggi. Penuh pengetahuan di dada. Tidak menjadi fitnah kepada agama. Ikhlaskan niat, shift your paradigm!


p/s: pesanan untuk diri sendiri jugak.

2

Solat Berjemaah Jom!

apis 19 October 2009





Baru2 ni pada suatu petang…

"Bro, jom p Angsana, nk bli buku lah kat sane", kata seorang sahabat mengajak.

”Emm, bleh jugak, aku pun nak bli buku jugak ni..skarang la jom..” aku respon dengan baik.

Sepanjang perjalanan, azan Zohor berkumandang. Dalam hati aku terbit rasa terkilan sebab dah terlepas peluang solat berjemaah.

”Ah, takpe lah skali skala je ni tinggal”, bisik hatiku.. Lantas dengan tibe2 aku teringat satu ayat yang bermaksud:

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."
(Baqarah: ayat 43)


Lantas aku bertekad mcm2 mana pun tetap nak solat jemaah jugak nanti.

Sampai je, aku dan sahabat aku ni bergegas mencari surau. Sambil menunggu sahabat aku mengambil wuduk, aku terpikir ngan sape nak jemaah ni. Masing2 solat sorang2 je ni.. Mataku tertumpu pada seorang yang baya atuk aku yang baru je angkat takbir kat depan.

”Emm, klau test power pak cik ni jadi imam pun best ni”, sengaja aku tengok2 orang yang paling ’veteran’.

Aku kemudiannya pergi ke depan dan sentuh bahu die tanda nak solat jemaah. Lepas tu sahabat aku yang tadi datang join dan kemudian makin ramai..makin ramai..sampai penuh satu saf.

Die mengimani dengan baik sekali, tersusun dan tertib..gayanya macam imam kat surau kampung aku..

Selesai je solat, baca doa semua,salam2 semua, pak cik tu berpaling pada aku dengan berkata, ” Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...”

” Alamak, die nak bagi tazkirah ke?”, aku terkasima sebentar..hehe..

”Terima kasih lah jemaah dengan atuk ye..benda ni klau ade sorang yang buat, adalah yang ngikutnye..Terima kasih banyak2..terima kasih ye..”, sambung pak cik yang sempat meng’introduce’kan dirinya yang berasal dari nogori ni..

Aku dan sahabat aku mengangguk2 tanda faham dengan apa yang cuba di maksudkan nya..

Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan kesatuan umat Islam. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malapnya keimanan mereka adalah bila mereka meninggalkan solat secara berjemaah.

Sebetulnya, memang susah nak maintain benda ni klau tak sama2 buat. Tambah lagi susah jika ada orang yang tak tahu kelebihan solat berjemaah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
6

Perbezaan Watak Kepimpinan Abu Bakar Dan Umar

apis 13 October 2009



Abu Bakar yang dikenali dengan seorang yang hartawan dan antara golongan awal yang Baginda seru daripada samar jahiliah kepada sinaran akidah. Abu Bakar di lihat amat berlemah lembut, jujur dan baik hati dari segi perbuatan mahupun tutur katanya.

Berbeza dengan Umar al-Khattab, merupakan antara tokoh musyrikin Mekah yang amat menentang ajaran yang dibawa oleh utusan Allah. Kebencian yang berapi-api di dada Umar hingga ke tahap ingin membunuh Rasulullah.

Apa yang boleh diambil iktibar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah ini ialah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama.

Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat:

"Kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Saidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang sementara Saidina Umar pula dikaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras."

Semasa Abu Bakar menjadi khalifah, beliau berpegang pada prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya iaitu bersifat lembut. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin pasukan perangnya agar kedaulatan Islam dapat dipertahankan. Orang yang menjadi pilihannya ialah Khalid al-Walid. Khalid adalah individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dan strategi dalam peperangan.

Namun sejurus selepas Umar Al Khattab menjadi khalifah, jawatan untuk memimpin pasukan perang tidak dikekalkan kepada Khalid. Kerana Umar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama – suka berperang dan keras - dikhuatiri mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Saidina Umar kemudiannya melantik Abu Ubaidah al Jarrah yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Saidina Abu Bakar dan Umar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam jemaah Islam.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah gerakan Islam yang bercita-cita memperjuangkan Islam kerana cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman. Maka sudah tentu tidak boleh lari daripada perselisihan faham dan prasangka, tetapi jangan sampai memecahbelahkan ummah. Kita punyai pelbagai perbezaaan pendekatan, tapi tetap sama berpegang teguh pada panduan yang satu. Percayalah!, perselisihan dan perbezaan pendapat ini adalah satu proses mematangkan kita semua.

0

Jamuan Raya..

apis 09 October 2009


Jom2 p jamuan raya..hehe.. sape2 nk join meh la..

p/s: xde bnda nk post..hehe

0

Doa Dalam Kemenangan

apis 11 September 2009



Memandangkan semua dah tak sabar dah tunggu post aku seterusnya, so hari ni aku post la..hehe..macam2 kene sindir..adoi..bgus2 kutukan membina..hehe. Ada je tapi hold dulu. Sebab sibuk sangat. Ok2, so chapter seterusnya pada kali ni, aku akan bawakan satu kisah bes..haa ni nak citer la sikit ni...kalau ada pen tak yah tulis lah, baca je..hehe.

Dalam bulan Ramadhan ni, ada satu kisah yang tak kurang penting jugak berlaku. Dalam bulan yang mulia ni berlakunya Perang Badar. Perang ni berlaku pada tahun kedua Hijrah yang menyaksikan pertembungan antara tentera Islam seramai 313 orang dengan tentera kafir Musyrikin seramai 1000 orang. Ish, gile toi... 3 kali ganda tu..dah tu tentera lawan lengkap bersenjata dan penuh dengan latihan ketenteraan sedangkan ada yang mengatakan tentera Islam hanya berkelengkapan senjata seperti pelepah tamar dan cangkul je..sempoi gile...

Tapi yang menariknya, dalam keadaan yang sedikit ni nak tunjuk kepada kita, Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Aku nak fokuskan keadaan Rasulullah sebelum perang. Sayunya aku bila aku imagine saat genting yang Rasullah dan umat Islam sedang hadapi masa tu. Rasulullah telah berdoa kepada Allah sambil bermunajat dengan sungguh-sungguh dan penuh pengharapan dengan memohon:

“Ya Allah Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini.”

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Haa..tengok tu, nak tunjukkan betapa khusyuknya Rasulullah berdoa. Sehinggakan Abu Bakar as-Siddiq yang berada di samping Baginda, tak tahan tengok keadaan Baginda lalu memujuk dengan berkata:

“Wahai Rasulullah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu.”


Selepas tu, turun wahyu yang menjanjikan pertolongan Allah kepada umat Islam dalam perang ni. Sebagaimana dipetik daripada Surah al-Anfal ayat 9 yang bermaksud:

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu diperkenankanNya bagimu, ”Sungguh, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”


Akhirnya, tentera Islam mengecapi kemenangan besar dengan izin Allah berbekalkan iman yang mantap dan strategi perang yang sistematik. Ternyata Allah telah memberi pertolongan kepada umat Islam, bukan saja dengan pertolongan malaikat bahkan angin dan debu. Sekaligus tersimpan kemenangan bermakna ini dalam lipatan sejarah Islam hingga kini. Wah, menang jugak akhirnya...

Actually, kisah ini secara tak langsung nak gambarkan dengan jelas peranan doa dalam kehidupan kita seharian. Kita as a Muslim dituntut berdoa hanya kepada Allah. Sesuai dengan apa yang Allah rakamkan dalam Surah al-Fatihah ayat 5:

“Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan.”


Betapa kita adalah makhluk yang lemah dan serba kekurangan. Oleh itu, manusia yang berhajatkan kepada pertolongan Allah, digalakkan berdoa bukan hanya masa susah or sakit je, bahkan dalam masa kita senang atau sihat. Bukankah Rasulullah ada menegaskan yang bermaksud:

“Doa adalah senjata mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi.” (Hadis riwayat Abu Ya’la)


Teringat aku masa dengar kuliah maghrib kat masjid kampung aku yang lawa tu. Ustaz tu kata, kita dengan sesama manusia, mesti ada yang tak suka kalau kita jenis yang mintak2 ni. Lebih2 lagi yang mintak banyak kali, mintak pula benda yang kita sendiri tak pernah ada, rasa nak baling dengan kasut Crocs saiz 7 je..hehe. Tapi Allah paling suka kalau kita meminta apa saja kepadaNya. Lagi banyak mintak lagi suka. Lagi banyak doa lagi suka. Minta je apa saje sebab Allah tu Maha Kaya.

Kehidupan yang diciptakan Allah untuk manusia ni penuh dengan ujian dan dugaan. Ia bagi menguji jauh mananya sabar kita. So, usah berputus asa kerana ada rahmat di sebaliknya yang kita tidak ketahui dalam hidup ini, teruskan lah berdoa pada Allah Pengasih, Pemurah dan Penyayang.. Pergh, macam lirik lagu Nice plak..hehe. Sori2, terbawa-bawa..hehe..

Pun begitu berdoa je tak cukup kerana setiap Muslim tak digalakkan hanya harapkan bantuan Allah semata-mata tanpa sebarang usaha terlebih dulu. Tawakal dalam Islam perlulah dengan daya usaha dan ikhtiar sungguh-sungguh nak dapat. Pastu, baru berserah kepada Allah. Muhasabah untuk diriku juga..
2

Suatu Permulaan

apis 31 August 2009



Dari dalam sudah kedengaran bunyi tapak kaki seseorang menghala ke arah bilikku. Berdasarkan bunyi yang semakin kuat menghampiri, aku menjangkakan beliau akan masuk ke bilikku. Jangkaan aku tepat bila tombol pintu di pusing dengan kuat.


Rupanya seorang sahabat yang aku kenali menolak pintu bilikku tanpa memberi salam lantas berkata:


“Haha..akhirnya hang buat blog jugak..haha”,kata jejaka yang berbaju purple itu kepadaku sambil menahan gelak.


Aku tersentak dengan apa yang beliau ucapkan. ”Aiseyman, macam mana plak mamat ni boleh tahu ni..geram btoi”,aku bermonolog sambil mengenggam tangan kiriku.


“Aku dah lama dah bab blog-blog ni, baru sekarang je aku tunjuk pada umum”,aku mereka ayat control sambil membuat muka macho ala-ala Brad Pitt dengan harapan beliau percaya dengan kata-kataku ini.


Beliau meneruskan gelak sinis beliau terhadap aku. Lantas aku bangun dan berdiri di sebelahnya.


“Eleh, hang pun baru buat, banyak bunyi pulak”,tambahku sinis sambil menepuk-nepuk belakang tubuh jejaka berasal dari pedalaman utara Malaysia ini.


Beliau tampak agak terkedu. Selang dua saat setengah selepas itu, kami sama-sama gelak dengan statement yang aku lafazkan tadi.


Dalam kita tak sedar, saban hari kita lihat lambakan blog yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Senang je nak buat..kejap je kot. Memang kita semua skang ni sedang mengikuti arus perkembangan teknologi maklumat..tu yang masing2 ade blog tu.


Dari perspektif Islam, tidak melarang umatnya maju dan mahir dalam arus teknologi maklumat seperti blog ni, asalkan ianya digunakan dengan baik dan tidak berniat jahat untuk menimbulkan provokasi terhadap sesiapa.


Bukanlah Al Quran sendiri telah menegaskan bahawa agama Islam bukanlah agama yang sempit? Allah ada merakamkan mengenai ini dalam surah Al Hajj ayat 78, yang bermaksud:


“Dia sekali-kali tidak menjadikan kamu dalam agama suatu kesempitan.”


Lalu terdetik di sanubari ini why not gunakannya sebagai medium berkongsi sedikit mengenai Islam.. Apa yang pasti akan ku guna kan sebagai wadah dakwah.. Kpada kwan2 yang lain truskan asalkan jangan berunsur negatif dah le..kpada kpada sahabat berbaju purple di atas tadi, truskan usahamu...hehe..

 
Copyright 2010 Dengan NafasMu