You Are Reading

6

Perbezaan Watak Kepimpinan Abu Bakar Dan Umar

apis 13 October 2009



Abu Bakar yang dikenali dengan seorang yang hartawan dan antara golongan awal yang Baginda seru daripada samar jahiliah kepada sinaran akidah. Abu Bakar di lihat amat berlemah lembut, jujur dan baik hati dari segi perbuatan mahupun tutur katanya.

Berbeza dengan Umar al-Khattab, merupakan antara tokoh musyrikin Mekah yang amat menentang ajaran yang dibawa oleh utusan Allah. Kebencian yang berapi-api di dada Umar hingga ke tahap ingin membunuh Rasulullah.

Apa yang boleh diambil iktibar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah ini ialah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama.

Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat:

"Kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Saidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang sementara Saidina Umar pula dikaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras."

Semasa Abu Bakar menjadi khalifah, beliau berpegang pada prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya iaitu bersifat lembut. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin pasukan perangnya agar kedaulatan Islam dapat dipertahankan. Orang yang menjadi pilihannya ialah Khalid al-Walid. Khalid adalah individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dan strategi dalam peperangan.

Namun sejurus selepas Umar Al Khattab menjadi khalifah, jawatan untuk memimpin pasukan perang tidak dikekalkan kepada Khalid. Kerana Umar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama – suka berperang dan keras - dikhuatiri mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Saidina Umar kemudiannya melantik Abu Ubaidah al Jarrah yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Saidina Abu Bakar dan Umar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam jemaah Islam.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah gerakan Islam yang bercita-cita memperjuangkan Islam kerana cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman. Maka sudah tentu tidak boleh lari daripada perselisihan faham dan prasangka, tetapi jangan sampai memecahbelahkan ummah. Kita punyai pelbagai perbezaaan pendekatan, tapi tetap sama berpegang teguh pada panduan yang satu. Percayalah!, perselisihan dan perbezaan pendapat ini adalah satu proses mematangkan kita semua.

6 Ulasan..:

Mashizaki Keikan said...

Hoho~ Baru boleh komen.... Tadi try2 tak dapat... sekarang dah lupa dah apa yang nak dikomen tadi...........................

ProfHussaini said...

Saad Abi waqas menggantikan khalid?

Peristiwa yang sangat menyayat perasaan orang yang baru belajar erti ketaatan kepada pemimpin...

Ikhlaslah...

T-T

apis said...

to ProfHussaini..
maaf2 ana silap tulis..bukan Saad Abi Waqas..tp Abu Ubaidah..masa tulis mata dah ngantuk...hehe..mf2..thnx sbb btoi kan..ade jgk yg tgk ye..huhu..

to Mashizaki Keikan..
la..komen la mantan Pres..hehe..xigt plak dah..

Mashizaki Keikan said...

ADa point thabat jugak dalam qisah khalid tu... Ustaz Ajmain safar mengingatkan kita dengan pesanan supaya kita smeua terus thabat atas jalan ini walaupun dah berhenti memegang jawatan rasmi.

Ikhlas dan thabat adalah dua hal yang bukan mudah untuk dicapai, apatah lagi gabungan kedua-duanya.

apis said...

to Mashizaki Keikan..

emm btoi..berjawatan bkn krana idividu2 tertentu..tp kerana Allah.. Khalid Al Walid merupakan salah satu contoh kita...hope mantan pres mcm ni jgk..hehe...insyaallah..

Mashizaki Keikan said...

hoo~ gitu..?

 
Copyright 2010 Dengan NafasMu