Archives

2

Solat Berjemaah Jom!

apis 19 October 2009





Baru2 ni pada suatu petang…

"Bro, jom p Angsana, nk bli buku lah kat sane", kata seorang sahabat mengajak.

”Emm, bleh jugak, aku pun nak bli buku jugak ni..skarang la jom..” aku respon dengan baik.

Sepanjang perjalanan, azan Zohor berkumandang. Dalam hati aku terbit rasa terkilan sebab dah terlepas peluang solat berjemaah.

”Ah, takpe lah skali skala je ni tinggal”, bisik hatiku.. Lantas dengan tibe2 aku teringat satu ayat yang bermaksud:

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."
(Baqarah: ayat 43)


Lantas aku bertekad mcm2 mana pun tetap nak solat jemaah jugak nanti.

Sampai je, aku dan sahabat aku ni bergegas mencari surau. Sambil menunggu sahabat aku mengambil wuduk, aku terpikir ngan sape nak jemaah ni. Masing2 solat sorang2 je ni.. Mataku tertumpu pada seorang yang baya atuk aku yang baru je angkat takbir kat depan.

”Emm, klau test power pak cik ni jadi imam pun best ni”, sengaja aku tengok2 orang yang paling ’veteran’.

Aku kemudiannya pergi ke depan dan sentuh bahu die tanda nak solat jemaah. Lepas tu sahabat aku yang tadi datang join dan kemudian makin ramai..makin ramai..sampai penuh satu saf.

Die mengimani dengan baik sekali, tersusun dan tertib..gayanya macam imam kat surau kampung aku..

Selesai je solat, baca doa semua,salam2 semua, pak cik tu berpaling pada aku dengan berkata, ” Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...”

” Alamak, die nak bagi tazkirah ke?”, aku terkasima sebentar..hehe..

”Terima kasih lah jemaah dengan atuk ye..benda ni klau ade sorang yang buat, adalah yang ngikutnye..Terima kasih banyak2..terima kasih ye..”, sambung pak cik yang sempat meng’introduce’kan dirinya yang berasal dari nogori ni..

Aku dan sahabat aku mengangguk2 tanda faham dengan apa yang cuba di maksudkan nya..

Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan kesatuan umat Islam. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malapnya keimanan mereka adalah bila mereka meninggalkan solat secara berjemaah.

Sebetulnya, memang susah nak maintain benda ni klau tak sama2 buat. Tambah lagi susah jika ada orang yang tak tahu kelebihan solat berjemaah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
6

Perbezaan Watak Kepimpinan Abu Bakar Dan Umar

apis 13 October 2009



Abu Bakar yang dikenali dengan seorang yang hartawan dan antara golongan awal yang Baginda seru daripada samar jahiliah kepada sinaran akidah. Abu Bakar di lihat amat berlemah lembut, jujur dan baik hati dari segi perbuatan mahupun tutur katanya.

Berbeza dengan Umar al-Khattab, merupakan antara tokoh musyrikin Mekah yang amat menentang ajaran yang dibawa oleh utusan Allah. Kebencian yang berapi-api di dada Umar hingga ke tahap ingin membunuh Rasulullah.

Apa yang boleh diambil iktibar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah ini ialah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama.

Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat:

"Kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Saidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang sementara Saidina Umar pula dikaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras."

Semasa Abu Bakar menjadi khalifah, beliau berpegang pada prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya iaitu bersifat lembut. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin pasukan perangnya agar kedaulatan Islam dapat dipertahankan. Orang yang menjadi pilihannya ialah Khalid al-Walid. Khalid adalah individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dan strategi dalam peperangan.

Namun sejurus selepas Umar Al Khattab menjadi khalifah, jawatan untuk memimpin pasukan perang tidak dikekalkan kepada Khalid. Kerana Umar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama – suka berperang dan keras - dikhuatiri mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Saidina Umar kemudiannya melantik Abu Ubaidah al Jarrah yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Saidina Abu Bakar dan Umar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam jemaah Islam.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah gerakan Islam yang bercita-cita memperjuangkan Islam kerana cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman. Maka sudah tentu tidak boleh lari daripada perselisihan faham dan prasangka, tetapi jangan sampai memecahbelahkan ummah. Kita punyai pelbagai perbezaaan pendekatan, tapi tetap sama berpegang teguh pada panduan yang satu. Percayalah!, perselisihan dan perbezaan pendapat ini adalah satu proses mematangkan kita semua.

0

Jamuan Raya..

apis 09 October 2009


Jom2 p jamuan raya..hehe.. sape2 nk join meh la..

p/s: xde bnda nk post..hehe

 
Copyright 2010 Dengan NafasMu