0

Erti Sebalik Valentine Day

apis 14 February 2010


14 Februari setiap tahun merupakan hari yang di anggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih sayang. Hari tersebut dikenali sebagai Hari Valentine. Namun apa yang menjadi persoalannya dan menimbulkan kebimbangan dikalangan ulama’ kini adalah keghairahan sesetengah umat Islam terutama remaja yang menyambut dan meraikan kedatangan hari tersebut. Apa yang lebih membimbangkan ialah mereka yang menyambutnya tidak tahu sejarah dan asal usul sebenar disebalik Hari Valentine.

Terdapat beberapa pendapat mengenai sejarah Hari Valentine. Salah satu daripadanya yang ingin aku kongsikan, menyatakan pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian. Jadi mereka2 ni telah dipenjara serta diseksa kerana pendirian teguh untuk terus menganuti Kristian. St. Valentine salah seorang yang amat setia menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjara Cladius II. Walaupun St. Valentine dipenjara, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan pulak. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Adalah satu penghinaan bagi umat Islam sendiri yang secara terang mengagung-agungkan budaya dan perayaan agama lain. Rasulullah sendiri berusaha untuk mengelakkan agama Islam daripada perkara-perkara yang sama dengan agama yang lain. Rasullah pernah bersabda:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut"
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Jelas prinsip yang cuba diterapkan Islam supaya dipandang tinggi dan dihormati sangat tegas dan tiada kompromi lagi. Apa yang turut dikhuatirikan, sambutan Hari Valentine ini turut disertakan dengan anasir-anasir yang jauh bertentangan dengan syarak dan nilai sebagai orang Islam apatah lagi kita sebagai mahasiswa terpelajar. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya mendekatkan dengan perzinaan sedangkan Allah SWT menyeru kita untuk menutup seboleh mungkin ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" (Al-Israa':32)

Dalam hal ini, para ulama’ telah bersepakat dan merumuskan bahawa meraikan Hari Valentine adalah haram bagi seluruh umat Islam. Dikhuatiri akan memesongkan akidah dan menjauhkan diri daripada Tuhan. Bapa Paderi Sedunia Tahun 1935 bernama Zeumer pernah mengatakan,

"tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka"

Sedar atau pun kita tidsk sedari, inilah perancangan yang telah direncana oleh musuh Islam. Sesetengah umat Islam kini mula diracuni oleh rancangan jahat serangan pemikiran oleh kaum kafir. Dan ini adalah satu contoh serangan senyap melalui minda untuk menjauhkan daripada Pencipta kita. Kekuatan umat Islam adalah bertunjangkan kepada keteguhan berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. Lalu timbullah rancangan jahat bertujuan menjauhkan umat Islam daripada memahami kalam Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Perkara ini telah disedari oleh bekas Perdana Menteri Britain, William Gladstone puluhan tahun dahulu yang mana menyebut:

"selagi Al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya"

Apa yang ingin di sampaikan ialah kesedaran bahawa Hari Valentine ini adalah salah satu taktik kotor dan jahat untuk menghancurkan Islam secara senyap. Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya meletakkan dan menetapkan pada hari-hari tertentu. Jika kita lihat dari konteks dalam Islam pun jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara seIslam selama tiga hari berturut-turut pun, hukumnya sudah jatuh haram. Jadi amalan atau budaya dalam Islam sendiri jauh lebih baik dan sudah terbukti. Allah ada merakamkan dalam Al Quran, Islam mempunyai perayaannya yang tersendiri yang patut diraikan oleh umatnya seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus."
(
Al-Hajj : 67).

4

Mencari Pelangi

apis 31 December 2009
Gambar ni aku amik masa aku nak naik bas masa balik kampung..Sempat amik



Assalamualaikum…

Masa kita sekolah rendah dulu, kita mesti belajar Sains mengenai pelangi kan? Dalam kelas dulu cikgu Sains aku pernah tanya aku...

"Hafiz, cuba bagitahu pada kelas macam mana pelangi terbentuk?". Tergiang-giang soklan Cikgu Maryani kat telinga aku sampai skang ni. Masih aku ingat nama dia sampai hari ni. Mana tak nya, dalam kelas tu aku je paling kamcing ngan dia.

Aku pun jawab, "Pelangi terbentuk disebabkan pembiasan sinar matahari oleh titisan air yang ada di atmosfera. Ketika sinar matahari melalui titisan air, cahaya tersebut dibengkokkan sehingga memisahkan warna-warna yang ada pada cahaya tersebut". Terang dan jelas suara aku menguasai ruang udara dalam kelas 6 Zamrud masa tu.

Wah, jawapan aku sebijik skema dalam buku. Ha3x.. Masa tu kita hanya mengganggap ia sebagai satu fenomena. Daripada bagaimana ia terjadi sehingga warna-warna dalam pelangi, habis semua kita hafal. Mana kita tahu sumber dia? Sains yang membuktikannya.

Keindahan warna-warni sudah cukup untuk membuat kita kagum sejenak. Masakan tidak, dah la cantik, boleh nampak plak jarang-jarang. Sehingga terdetik dalam hati, mesti ada sang pencipta yang hebat menciptakannya.

Benar, sedar atau tidak sedar, Allah telah nyatakan dalam Quran telah berkurun lama.

”Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.”
(Fatir: 27)

Inilah bukti kekuasaan Allah, sudah cukup membuatkan kita merasa rendah diri dan lemah terhadap kehebatanNya. Subhanallah…
0

Berhijrahlah !

apis 21 December 2009


Assalamualaikum..

Sudah lama hamba tidak mengepost dalam blog ni..rindu plak rasanya..hehe.. sori sangat, maklum la banyak kekangan masa. Nak post je tak da tenet, bila ade tenet, tak da idea nak post plak..hehe...


Bersesuaian dengan tahun baru hijrah ni, marilah sama-sama kita muhasabah apakah yang kita lakukan sepanjang tahun yang lalu lantas meminta ampun dari Allah. Peristiwa ni menyingkap erti perjuangan sebenar Rasulullah, dihalang dalam usahanya untuk menyampaikan Islam tapi hatinya telah bersaksi untuk berdakwah hanya kerana Allah.


Dalam konteks kini, hijrah maknanya kita berubah dari tidak baik kepada yang baik dan dari yang sudah baik kepada yang lebih baik. Jika niat kita ikhlas kerana Allah, Insyaallah akan diganjarkan dengan sebaik-baik balasan.

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

[An Nisa’:100]

So, dengan semester pengajian kita yang sudah hampir seminggu bermula ni, Insyaallah kita buat yang terbaik untuk mendapat lebih kejayaan. Kita berusaha melakukan yang terbaik dalam cara kita belajar serta akhlak kita. Juga tingkatkan amal dalam kehidupan seharian. Barulah kita ini dikatakan muslim yang berilmu tinggi. Penuh pengetahuan di dada. Tidak menjadi fitnah kepada agama. Ikhlaskan niat, shift your paradigm!


p/s: pesanan untuk diri sendiri jugak.

 
Copyright 2010 Dengan NafasMu