0

Ikhlas lah!

apis 31 March 2012
Ikhlas... rahsia Allah


Assalamualaikum...

Kerjaya guru sebenarnya tidak terhad kepada sistem pengajaran dan pembelajaran sahaja malah terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam pelajarnya. Begitu lah juga kisah yang berlaku kepada seorang guru ini. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya" mungkin gambaran yang sesuai diberikan kepada situasi guru ini. Terpaksa melayani kerenah pelajarnya di dalam mahupun luar persekolahan. Siangnya mengajar dengan penuh semangat dan komited, dan mungkin malamnya difikirkannya boleh digunakan untuk cas balik tenaga yang berkurang, tetapi telahan itu tidak semestinya boleh berlaku. Al maklum lah cikgu ini juga merupakan seorang warden asrama di sekolah tersebut.

Suatu hari, cikgu ini didatangi oleh pelajarnya untuk meminta dibelikan tiket bas atau keretapi untuk pulang pada hujung minggu. Suatu hari juga, cikgu ini didatangi oleh sekumpulan pelajar yang memaklumkan rakan mereka sakit dan meracau di asrama. Suatu hari juga, cikgu ini didatangi juga dengan sekumpulan pelajar tetapi kali ini untuk memintanya mengajarkan subjek sains pada sebelah malam di rumahnya. Suatu hari juga, cikgu ini menerima arahan supaya menjadi guru pengiring untuk pertandingan sekolah oleh pihak pengurusan sekolahnya. Suatu hari juga,.. berapa banyak suatu hari daa.. hehe.. tapi tak kisah lah.. nak jugak tulis suatu hari ni.. hehe.. suatu hari juga, cikgu ini menerima arahan oleh pihak pengurusan sekolah supaya setel kan semua dokumen-dokumen dalam masa singkat.

Semua perkara yang dilakukan olehnya di atas ini, tiada bayaran, tiada tuntutan mileage atau duit minyak kereta atau dijanjikan material yang lain. Kadang-kadang ada sekelumit rasa memberontak, tidak puas hati dalam dirinya kerana masa, wang dan tenaganya tidak dibalas dengan setimpal. Kalau nak diikutkan, gajinya pun tidaklah sebesar dengan apa yang dilakukan ini. Dia kadang-kadang mengeluh, kadang-kadang sampai menangis kerana mengenangkan apa yang terpaksa dilalui ini. Namun, dia segera menepis semua itu dan mengingati satu perkataan ini. Perkataan apa itu? IKHLAS. Ya, IKHLAS.. Lantas dia segera teringat satu hadis qudsi di bawah:

"Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaKu. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku kasihi"
(Riwayat Abu Hassan Al Basri)

Mahu tidak mahu, perkara yang disebutkan di atas ini terpaksa jua dibuat dan dilaksanakan. Dia tidak mahu perkara yang dibuatnya yang mana tidak berbayar tadi, sia-sia saja di sisi Allah. Dia tidak mahu perkara yang diajarkan kepada pelajarnya dengan tanpa apa-apa bayaran di luar waktu persekolahan itu menjadi sia-sia. Lantas dia berniat untuk ikhlaskan dan redha dengan apa yang dilaksanakannya. Kerana dia percaya, Allah akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang dikehendakinya pada masa hadapan yang mungkin dia sendiri tidak pernah terlintas dalam hatinya sebelum ini. Sesuatu yang lebih baik dan bermakna disebabkan hanya kerana dia IKHLAS. Yang pastinya ganjaran pahala akan diperolehi jika dia benar-benar ikhlas kerana Allah.

Perumpamaan di bawah ini cukup cantik dan menarik sekali untuk kita amati.

"Ikhlas itu ibarat seekor semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang sangat gelap. Ianya wujud tetapi sukar dilihat"
0

Hikmah Kembara

apis 26 March 2012
Assalamualaikum.

Hai, lama sudah tidak update blog. Di kesempatan masa yang ada ni boleh la amik masa jap untuk update. Sekarang ni tengok dalam Facebook, ramai betol yang post gambar-gambar pergi melancong. Ada yang pergi oversea tak kurang yang cuti-cuti Malaysia, tak kisah la pergi dengan kawan-kawan ke, family ke, macam best je pergi melancong jalan-jalan ni kan.

Aku bab-bab melancong, jalan-jalan ke tempat orang ni memang minat la. Lama sangat dah tak pergi jalan-jalan, rindu pulak nak pergi tapi kerjaya sekarang ni menjadi penghalang buat masa ni. Sebenarnya pun dalam Islam ni digalakkan melancong dan dikira sebagai satu ibadah. Allah jadikan dunia ni supaya kita sama-sama melihat dan menghayati segala ciptaanNya. Kat dunia ni, Allah jadikan tak sama iklim, kedudukan geografi, tumbuhan dan masyarakat. Sebabnya ciptaanNya cantik dan indah belaka.

Sesiapa tidak dapat menghayati dan tiada minat terhadap sesuatu pemandangan atau keadaan sehingga terbuka minda dan merasai kehebatan ciptaan Allah, itulah tanda hatinya sudah mati dan minda menjadi tertutup.

Aku suka tengok perbezaan cara hidup dan kebudayaan sesuatu komuniti tempat yang aku pergi. Opss.. tiba-tiba teringat kembali saat-saat pergi ke negara orang sebelum ni bersama-sama dengan rakan. Kat bawah ni dikongsikan beberapa keping gambar untuk ditatap bersama.


Brunei... Kat Masjid Omar 'Ali Saifuddien

Singapore... Merlion Park

Indonesia... Kat Taman Hutan Raya Bandung

China... Kat Shenzhen

Gambar ni diambil semasa mengikuti beberapa program anjuran persendirian, universiti dan organisasi lain. Tujuan apa aku dan kawan-kawan berkunjung ke sana? Akan diceritakan pada entry yang akan datang. Hehe.. Orite.. Salam


“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.”

(Surah al-Hajj, ayat 46)







0

Nikmatnya Sibuk..

apis 29 February 2012
MASA...Berdetik pantas


Assalamualaikum.. lama sudah aku x update blog ni.. bersawang sgt2.. rasanya dah hampir setahun xupdate.. adui.. bukan xnak update tapi xada kesempatan nak update sepanjang setahun ni.. ni bukak pun sebab rasa rindu nak mencoretkan sesuatu kat sini. Tu pun dah lupa step2 nak tulis kat sini. Banyak perkara yang telah terjadi dalam tempoh setahun ni, suka dan duka.. semua tu insyaallah akan di muatkan di sini selepas ni. (harap2 la..hehe).

Teringat kali terakhir last post kat blog ni, beberapa hari lepas tengok final FIFA 2010 Belanda vs Spain. Lepas tu xda dah post. Betapa nikmatnya sibuk yang Allah beri pada ku dalam tempoh tu.

Ditambah lagi dengan ketidaan internet yang laju kat kolej baru, lagi la merencatkan kemahuan nak post sesuatu. Sepanjang setahun Allah banyak beri aku laluan2 yang kadang2 aku pun tak percaya aku boleh sampai ke tahap ini, bukan niat untuk berbangga tapi mengingati diri untuk terus bersyukur..

Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
0

Glory Spain!!

apis 26 July 2010
KEJAYAAN...Spain dalam aksi final World Cup 2010

Adeh awal-awal sem lagi dah serabut. Mana tak nya, sem ni pindah ke kolej baru setelah sekian lama menetap di kolej lama. Ambil masa jugak nak sesuaikan dengan keadaan baru ni, sebab tu la lama tak update blog ni. (alasan kukuh ni..hehe)

Hampir seminggu dah World Cup 2010 melabuhkan tirai dan dunia pun dah tahu siapa juara baru dalam bola sepak ni – Spain. Walaupun agak ketingalan,aku nak post jugak. Kali ni Netherlands gagal lagi..adeh. Buat penat je aku bersengkang mata tengok final ni sampai pukul 4 pagi. Argh tension2..hehe. Pasukan favorite aku kalah dengan jaringan yang tipis.

Apa pun Spain memang main smart lah. Diorng patut menang. Tapi ramalan aku tak jadi kenyataan,yang jadi kenyataan plak adalah ramalan seekor binatang ni. Nate gapo tuh?

Binatang yang dimaksudkan ialah seekor sotong kurita. Siap ada nama lagi, Paul namanya. Seluruh dunia heboh kata Paul ni bomoh yang ada kuasa menilik sape yang menang sebelum match berlangsung. Kejayaan Spain menjuarai Piala Dunia 2010 tempoh hari bertambah melonjakkan lagi nama si sotong kurita yang menghuni di Akuarium Sea Life kat Jerman ni. Hanya meletakkan 2 bendera yang dilekatkan pada bekas mengandungi makanan, Paul ni boleh memilih mana pasukan yang akan menang.

Bagi orang Islam, tidak seharusnya kita terjebak dengan permainan ini. Kepercayaan kita kepada benda-benda yang boleh membawa kita menjauhi Pencipta patut dielakkan sama sekali. Adalah mustahil kita mempercayai tilikan dari seekor binatang yang tidak mempunyai akal.

Dalam sebuah artikel yang pernah aku baca, benda-benda semacam ini sudah sebati dalam hidup masyarakat Arab jahiliyah dulu. Mereka seakan-akan sudah dibayangi dengan amalan yang syirik, tahyul dan khurafat ini.



PILIH...Paul memilih makanan dalam kotak Spain

Mengambil contoh untuk disebutkan ialah, jika mereka ingin memulakan perjalanan, mereka akan melihat gerakan seperti burung yang dilepaskan. Mereka beranggapan arah ke kiri dan ke kanan gerakan burung tersebut mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin dihadapi dalam perjalanan nanti. Al Quran menegaskan dalam surah Al A’raaf ayat 131 yang bermaksud:
“Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”

Sebenarnya Islam menyelar amalan ini dikhuatiri mencemarkan kemurnian tauhid. Dalam Islam, sesuatu kejadian itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata. Sebagaimana Allah rakamkan dalam surah Taubah ayat 51.
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”

Setiap manusia lebih-lebih lagi umat Islam akan berhadapan dengan amalan ini tetapi jika kita bertawakkal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah menghilangkan perasaan tersebut daripada jiwa kita.
“Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu), maka dia telah berbuat syirik” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bagi aku, pergerakaan Paul ni ke arah kotak dan bendera tu hanya kebetulan. Tentu sekali ia lansung tidak mampu mengenali bendera sesebuah negara. Satu doa yang Rasulullah ajar kepada kita untuk menjauhi amalan yang sebegini adalah:
“Ya Allah, tidak ada kebaikanMu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripadaMu dan tidak ada Tuhan selainMu” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
2

Oh Bulan

apis 03 July 2010
GERHANA...Kekuasaan Allah

Engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan ~ pergh, tiba2 plak teringat bait lagu ni.hehe. Kalau tengok pada tajuk entry kali ni pun macam jiwang. Ermm tapi kan kalau kita tengok bulan pun terlintas dalam kotak fikiran kita, sangat cantik dan indah di pandang lebih2 lagi bila bulan purnama. So, tak mustahil la bulan ni sinonim juga dengan wanita. Kalau orang sedang bercinta tu lagi la, wajahmu ibarat bulan la, apa lah..buktinya seperti bait lagu di atas. Hehe..

Erm cakap pasal bulan ni, aku nak kongsikan satu fenomena yang best ni. Baru2 ni ada di beritahu tentang fenomena gerhana bulan. Bila aku baca je paper cerita pasal gerhana bulan akan jadi pada 26 Jun 2010, aku dengan lajunya meng'inform'an kepada abah aku tentang ni. Abah aku ni memang minat dengan benda2 aeroangkasa ni.


Hari kejadian, aku dan famili aku standby dengan teleskop dan teropong. Lepas solat maghrib, terus keluar depan rumah. Gerhana bulan ni agak lama tempohnya berbanding gerhana matahari. Hari tu selama sejam lebih jugak kot. So, boleh la jugak tengok lama2.


Alhamdulillah malam tu cuaca cerah dan boleh nampak bulan. Tapi nak lagi jelas, guna teleskop la. Bila tengok tu memang rasa dekat dan terang sangat. Memang lah dah nama pun pakai teleskop.hehe.


Dalam suasana menikmati keindahan kejadian Allah, sempat jugak buat solat sunat gerhana. Kejadian ini mengajak kita untuk tingkatkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah sebagai Pentadbir seluruh alam termasuk bumi, bulan, matahari dan lain2. Insyaallah.

PERHATI... Abahku khusyuk memerhati


Secara kita tak sedar, gerhana bulan yang berlaku ni adalah untuk mengingatkan manusia supaya bertaubat, memohon ampun dan sentiasa ingat kepadaNya. Kita perlu sedari dan yakini, kejadian gerhana ni bukanlah hanya sekadar kejadian alam dan putaran biasa alam, tetapi gerhana bulan adalah tanda kekuasaan, peringatan dan amaran supaya konsisten menjauhi maksiat.

Rasulullah ada bersabda,

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu." (Hadis Riwayat Muslim)
Mengikut kepercayaan jahiliah, mereka anggap gerhana matahari atau bulan berlaku disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia lalu menyebabkan bulan atau matahari bersedih dan menjangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku di bumi. So, untuk mengelakkan anggapan salah jahiliah ni, umat Islam ni disunatkan buat solat gerhana. Tujuannya untuk menolak kepercayaan khurafat seperti diatas.

Solat yang didirikan masa gerhana ni sebenarnya untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, disamping menanamkan pemikiran saintifik dalam budaya orang Islam. Tak la orang bukan Islam kata, kita ni tak cerdik dan tak kosisten dengan agama Islam. Malah, manusia akan sedar akan tanggungjawabnya dan berasa kerdil dan lemah terhadap keagungan Allah.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah." (Surah Fussilat: 37)

TEROPONG... Aku dengan gaya bersahaja..hehe


Kalau nak tengok pada hari ni, ada yang menjadikan matahari dan bulan tu sebagai tuhan mereka. Tak kurang juga ada golongan yang hanya merasa hebatnya pergerakan bulan, matahari dan lain2 di angkasa tanpa berlaku perlanggaran, tapi gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan sesuatu yang mereka kagumi itu. Jika ini terjadi jugak, ternyata akal manusia ni dipandu tanpa mengikut panduan agama. That’s why manusia tidak mampu mengenali Allah Maha Pencipta.

Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Aku berhasrat semoga dalam melihat lagi fenomena yang cukup mengagumkan ni. Subahanallah..
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal…" (Surah Al Imran: 190-191)
0

Muhasabah

apis 22 June 2010

SELAMAT...Menuju ketetapan itu


Hampir seminggu dah birthday aku berlalu. Thanx pada member2 aku yang wish kat aku sampai inbox hanset aku penuh.. hehe. Masa cepat je berlalu, usia pun dah menganjak ke angka dua puluh dua tahun.

Aku sempat juga tanya mak aku saat aku di lahirkan, masa tu lepas asar petang 14 Jun 1988, di dalam sebuah teratak usang milik atuk dan nenek belah mak aku. Dalam suasana angin sempoi2 bahasa, pokok kelapa melambai2..hehe. Berhampiran Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan. Itu dulu..keadaan dua puluh dua tahun yang lampau.


Jika nak imbaskan kembali saat muda mudi dulu hingga kini, memang sekejap je rasanya. Ketika sahabat aku ada yang sudah kehilangan kedua ibubapa tersayang ketika proses pembesaran mereka, Alhamdulillah, aku sehingga kini masih diberikan nikmat itu. Syukur pada-Mu ya Allah..

Dalam kedinginan subuh pagi itu, aku merenung..merenung apa yang aku telah lakukan sepanjang hidupku ini. Sekaligus terkenang apa yang aku telah lakukan sebelum ini dan apa yang aku harus lakukan selepas ini. Teringat kata-kata penceramah yang aku dengar semasa kuliah pagi suatu jumaat tu, katanya kita semakin hari umur semakin meningkat dan semakin hari kita semakin menghampiri saat kematian kita. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri. Ermm, betoi2..

Lantas aku terus teringatkan pula kepada seorang tokoh yang sangat aku kagumi.. kagum dengan semangatnya, Saidina Umar Al Khattab,

"Hisablah diri kalian sebelum diri kalian dihisab dan timbanglah diri kalian sebelum ditimbang. Kerana kalian lebih mudah menghisab diri kalian hari ini daripada kelak.."

Hari yang sama ketika pulang dari site praktikal, aku lepak sambil nak tunggu azan zuhur di Masjid Telipot, tiba2 imam masjid itu membuat pengumuman mengatakan lepas solat Zuhur, minta pada semua jemaah bersama-sama solat jenazah, di fahamkan kematian itu pagi semalam.

Dengan suasana kesayuan, aku bersama jemaah lain solatkan dan doakan si mati itu. Walaupun aku sebenarnya memang tak pandai sangat bahasa arab, tapi aku serba sedikit dapat memahami maksud doa yang dibaca oleh imam itu. Cukup untuk menginsafkan kita semua apatah lagi dengan jasad yang sudah tak bernyawa terbujur kaku di depan mata. Benar, kematian itu bila2 masa je boleh datang.

"…Jika telah tiba ajal mereka, mereka tidak dapat meminta ditangguhkan sekalipun hanya sesaat, dan mereka juga tidak dapat meminta didahulukan (walaupun sesaat, jika ajalnya belum tiba)."
(Al Nahl:61)

Jika sebelumnya aku terbayang saat aku dilahirkan, kini aku terbyang pula saat aku dimatikan nanti. Bagaimanakah keadaan aku ketika itu?. Masih cukupkah bekalan aku?.. Kita semua sememangnya tidak dapat menjangkakan berapa panjang usia kita, maka ingat pada mati itu penting. Dengan ingat kepada mati, menjadikan kita selalu ingin membuat kebaikan di dunia untuk bekalan di akhirat. Aku memetik sepotong ayat dalam Quran,

"Hari orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)"
(Al-Hasyr: 18)

Memetik kata-kata Hassan Al Basri sebagai berkata,

"Orang mukmin itu pengelola dirinya sendiri. Dia menghisab dirinya terhadap ketaatan kepada Allah. Hisab sebahagian orang dipermudahkan pada hari kiamat kerana mereka memuhasabah diri mereka di dunia dan hisab sebahagian orang dipersulitkan kerana mereka mengerjakan banyak hal tanpa muhasabah."

Maka, bermuhasabah lah!

p/s: Peringatan khusus pada diri ku sendiri yang sememangnya lemah
0

Turki Pemimpin Baru Dunia Islam

apis 13 June 2010
TEGAS..Recep Tayyib Erdogan

Sudah lama aku tak mencoretkan sesuatu dalam blog ni..agak bersawang jugak la..hehe..pe pun thanks kepada someone from utara tu, yang asyik duk tanya bila nak update blog..hehe..bukan ape, agak busy gak la..huhu..pe pun takpe, dalam entry kali ni aku nak bawakan satu isu yang hangat diperkatakan kini..aku beranggapan isu ni bukan baru tapi dah berlarutan sejak dari dulu lagi. Penindasan dan kekejaman regim zionis Israel.

Kita semua sempat merasai bersama detik2 cemas yang dilalui oleh aktivis misi bantuan kemanusian ke Gaza tempoh hari. Macam yang kita semua maklum, kapal bantuan Mavi Marmara telah diserang oleh komando2 Israel. Akibatnya, sembilan aktivis atas kapal flotilla ni terkorban. Memang melampau betul la Israel ni!. Kesan dari kecaman masyarakat antarabangsa ni, Israel tidak lagi menyerang kapal kedua misi ini iaitu Rachel Corrie.

Nasib baik la tak ada yang terbunuh. Kapal tu ditawan dan diiring ke pelabuhan Israel. Misi untuk hantar bantuan gagal buat kali kedua tapi aku pasti ianya tidak akan tamat begitu sahaja. Difahamkan bantuan kemanusian ke Gaza yang hendak disampaikan seperti makanan, ubatan, bahan binaan dan permainan kanak2 tersadai di pelabuhan Israel begitu sahaja.
Aku tiba2 teringat satu ayat dalam kitab suci yang berbunyi,
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka..” (Al-Baqarah : 120)
Ermm..memang betul apa yang Allah bagitahu dalam Quran tu. Memang benar!.

Disebalik peristiwa ni, aku tertarik untuk diskusikan mengenai pendekatan Turki dalam isu ini. Turki yang selama ni menjadi sahabat kamcing Amerika dan Israel, membuat kenyataan penting selepas peristiwa ni. Aku memetik kata2 tegas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan seperti berikut:
“Saya tidak mahu Hamas disebut sebagai organisasi pengganas. Saya kira kini pun mereka bukan pengganas tetapi pejuang yang mempertahankan tanah air mereka”.
Malah terus menegaskan supaya Israel memohon maaf kepada Turki sebab mengakibatkan warganegaranya terbunuh. Pemimpin karismatik itu terus membidas dengan berkata,
"Apakah kami akan tetap diam atas pembunuhan sembilan orang warga kami? Apakah kami boleh menutup mata tindakan ke atas orang awam terjadi di perairan antarabangsa?.Mulai sekarang, hal seperti ni tidak boleh terus dibiarkan."
Bukan setakat membidas malah turut mengancam mereka dengan menegaskan,

"Kelakuan Israel mesti diadili, mesti dibalas dengan tanpa ada keraguan lagi. Tidak ada satu pihak luar sekalipun yang cuba untuk menguji kesabaran Turki”.
Aku secara peribadi melihat Erdogan ni sebagai pemimpin baru dunia Islam dengan prinsip tegasnya menyatakan amaran kepada Amerika agar tidak menyokong Israel. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh pemimpin Arab dan Islam kecuali Saddam Hussein dan Ahmadinejad. Erdogan juga meminta Turki terus menghentikan latihan ketenteraan bersama dengan Israel susulan dari peristiwa tu.

Sebelum ni pun, kita ada tengok Erdogan ni keluar daripada World Economic Forum di Switzerland tahun lepas yang mana cukup mencuri tumpuan dunia. Sebelum beredar keluar daripada forum itu, Erdogan sempat mengungkapkan kepada Presiden Israel, Simon Peres sebagai pembunuh di depan batang hidung Peres sendiri.

Susulan daripada peristiwa ini, Erdogan dianggap wira sejati dan pemimpin sebenar oleh warga Turki dan dunia Islam. Popularitinya meningkat dan menyebabkan umat Islam bangkit dalam emosi yang terbakar dalam mengecam Israel termasuk di Malaysia sendiri. Pelbagai kempen, demonstrasi dan ceramah diadakan untuk membuktikan kepada Erdogan dan warga Palestin bahawa mereka tidak berkeseorangan dalam isu ini.
HANCUR ISRAEL!...Bersama adik aku di booth Bebaskan Gaza di tapak ekspo Muktamar Pas, PUTIK dekat je ngan umah aku tempoh hari

Aku sempat tengok Berita Dunia kat tv malam tu, berita itu melaporkan bendera Turki dan poster Erdogan sangat laris dijual di Palestin kerana sikap cakna pemimpin Turki ini terhadap Palestin. Begitulah pengaruh dan populariti seorang tokoh yang memperjuangkan hak2 rakyat Palestin.

Pergh kagum la dengan beliau ni, apa pun aku sebenarnya agak sukar untuk membuat konklusi mengenai ini, dalam emosi yang berapi-api bercampur rindu.. rindu.. rindu pada sebuah pendirian yang tegas daripada mulut seorang pemimpin Islam terhadap isu Palestin sejak sekian lama. Silent is golden?
0

Erti Sebalik Valentine Day

apis 14 February 2010


14 Februari setiap tahun merupakan hari yang di anggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih sayang. Hari tersebut dikenali sebagai Hari Valentine. Namun apa yang menjadi persoalannya dan menimbulkan kebimbangan dikalangan ulama’ kini adalah keghairahan sesetengah umat Islam terutama remaja yang menyambut dan meraikan kedatangan hari tersebut. Apa yang lebih membimbangkan ialah mereka yang menyambutnya tidak tahu sejarah dan asal usul sebenar disebalik Hari Valentine.

Terdapat beberapa pendapat mengenai sejarah Hari Valentine. Salah satu daripadanya yang ingin aku kongsikan, menyatakan pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian. Jadi mereka2 ni telah dipenjara serta diseksa kerana pendirian teguh untuk terus menganuti Kristian. St. Valentine salah seorang yang amat setia menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjara Cladius II. Walaupun St. Valentine dipenjara, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan pulak. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Adalah satu penghinaan bagi umat Islam sendiri yang secara terang mengagung-agungkan budaya dan perayaan agama lain. Rasulullah sendiri berusaha untuk mengelakkan agama Islam daripada perkara-perkara yang sama dengan agama yang lain. Rasullah pernah bersabda:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut"
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Jelas prinsip yang cuba diterapkan Islam supaya dipandang tinggi dan dihormati sangat tegas dan tiada kompromi lagi. Apa yang turut dikhuatirikan, sambutan Hari Valentine ini turut disertakan dengan anasir-anasir yang jauh bertentangan dengan syarak dan nilai sebagai orang Islam apatah lagi kita sebagai mahasiswa terpelajar. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya mendekatkan dengan perzinaan sedangkan Allah SWT menyeru kita untuk menutup seboleh mungkin ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" (Al-Israa':32)

Dalam hal ini, para ulama’ telah bersepakat dan merumuskan bahawa meraikan Hari Valentine adalah haram bagi seluruh umat Islam. Dikhuatiri akan memesongkan akidah dan menjauhkan diri daripada Tuhan. Bapa Paderi Sedunia Tahun 1935 bernama Zeumer pernah mengatakan,

"tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka"

Sedar atau pun kita tidsk sedari, inilah perancangan yang telah direncana oleh musuh Islam. Sesetengah umat Islam kini mula diracuni oleh rancangan jahat serangan pemikiran oleh kaum kafir. Dan ini adalah satu contoh serangan senyap melalui minda untuk menjauhkan daripada Pencipta kita. Kekuatan umat Islam adalah bertunjangkan kepada keteguhan berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. Lalu timbullah rancangan jahat bertujuan menjauhkan umat Islam daripada memahami kalam Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Perkara ini telah disedari oleh bekas Perdana Menteri Britain, William Gladstone puluhan tahun dahulu yang mana menyebut:

"selagi Al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya"

Apa yang ingin di sampaikan ialah kesedaran bahawa Hari Valentine ini adalah salah satu taktik kotor dan jahat untuk menghancurkan Islam secara senyap. Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya meletakkan dan menetapkan pada hari-hari tertentu. Jika kita lihat dari konteks dalam Islam pun jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara seIslam selama tiga hari berturut-turut pun, hukumnya sudah jatuh haram. Jadi amalan atau budaya dalam Islam sendiri jauh lebih baik dan sudah terbukti. Allah ada merakamkan dalam Al Quran, Islam mempunyai perayaannya yang tersendiri yang patut diraikan oleh umatnya seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus."
(
Al-Hajj : 67).

4

Mencari Pelangi

apis 31 December 2009
Gambar ni aku amik masa aku nak naik bas masa balik kampung..Sempat amik



Assalamualaikum…

Masa kita sekolah rendah dulu, kita mesti belajar Sains mengenai pelangi kan? Dalam kelas dulu cikgu Sains aku pernah tanya aku...

"Hafiz, cuba bagitahu pada kelas macam mana pelangi terbentuk?". Tergiang-giang soklan Cikgu Maryani kat telinga aku sampai skang ni. Masih aku ingat nama dia sampai hari ni. Mana tak nya, dalam kelas tu aku je paling kamcing ngan dia.

Aku pun jawab, "Pelangi terbentuk disebabkan pembiasan sinar matahari oleh titisan air yang ada di atmosfera. Ketika sinar matahari melalui titisan air, cahaya tersebut dibengkokkan sehingga memisahkan warna-warna yang ada pada cahaya tersebut". Terang dan jelas suara aku menguasai ruang udara dalam kelas 6 Zamrud masa tu.

Wah, jawapan aku sebijik skema dalam buku. Ha3x.. Masa tu kita hanya mengganggap ia sebagai satu fenomena. Daripada bagaimana ia terjadi sehingga warna-warna dalam pelangi, habis semua kita hafal. Mana kita tahu sumber dia? Sains yang membuktikannya.

Keindahan warna-warni sudah cukup untuk membuat kita kagum sejenak. Masakan tidak, dah la cantik, boleh nampak plak jarang-jarang. Sehingga terdetik dalam hati, mesti ada sang pencipta yang hebat menciptakannya.

Benar, sedar atau tidak sedar, Allah telah nyatakan dalam Quran telah berkurun lama.

”Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.”
(Fatir: 27)

Inilah bukti kekuasaan Allah, sudah cukup membuatkan kita merasa rendah diri dan lemah terhadap kehebatanNya. Subhanallah…
0

Berhijrahlah !

apis 21 December 2009


Assalamualaikum..

Sudah lama hamba tidak mengepost dalam blog ni..rindu plak rasanya..hehe.. sori sangat, maklum la banyak kekangan masa. Nak post je tak da tenet, bila ade tenet, tak da idea nak post plak..hehe...


Bersesuaian dengan tahun baru hijrah ni, marilah sama-sama kita muhasabah apakah yang kita lakukan sepanjang tahun yang lalu lantas meminta ampun dari Allah. Peristiwa ni menyingkap erti perjuangan sebenar Rasulullah, dihalang dalam usahanya untuk menyampaikan Islam tapi hatinya telah bersaksi untuk berdakwah hanya kerana Allah.


Dalam konteks kini, hijrah maknanya kita berubah dari tidak baik kepada yang baik dan dari yang sudah baik kepada yang lebih baik. Jika niat kita ikhlas kerana Allah, Insyaallah akan diganjarkan dengan sebaik-baik balasan.

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

[An Nisa’:100]

So, dengan semester pengajian kita yang sudah hampir seminggu bermula ni, Insyaallah kita buat yang terbaik untuk mendapat lebih kejayaan. Kita berusaha melakukan yang terbaik dalam cara kita belajar serta akhlak kita. Juga tingkatkan amal dalam kehidupan seharian. Barulah kita ini dikatakan muslim yang berilmu tinggi. Penuh pengetahuan di dada. Tidak menjadi fitnah kepada agama. Ikhlaskan niat, shift your paradigm!


p/s: pesanan untuk diri sendiri jugak.

2

Solat Berjemaah Jom!

apis 19 October 2009





Baru2 ni pada suatu petang…

"Bro, jom p Angsana, nk bli buku lah kat sane", kata seorang sahabat mengajak.

”Emm, bleh jugak, aku pun nak bli buku jugak ni..skarang la jom..” aku respon dengan baik.

Sepanjang perjalanan, azan Zohor berkumandang. Dalam hati aku terbit rasa terkilan sebab dah terlepas peluang solat berjemaah.

”Ah, takpe lah skali skala je ni tinggal”, bisik hatiku.. Lantas dengan tibe2 aku teringat satu ayat yang bermaksud:

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."
(Baqarah: ayat 43)


Lantas aku bertekad mcm2 mana pun tetap nak solat jemaah jugak nanti.

Sampai je, aku dan sahabat aku ni bergegas mencari surau. Sambil menunggu sahabat aku mengambil wuduk, aku terpikir ngan sape nak jemaah ni. Masing2 solat sorang2 je ni.. Mataku tertumpu pada seorang yang baya atuk aku yang baru je angkat takbir kat depan.

”Emm, klau test power pak cik ni jadi imam pun best ni”, sengaja aku tengok2 orang yang paling ’veteran’.

Aku kemudiannya pergi ke depan dan sentuh bahu die tanda nak solat jemaah. Lepas tu sahabat aku yang tadi datang join dan kemudian makin ramai..makin ramai..sampai penuh satu saf.

Die mengimani dengan baik sekali, tersusun dan tertib..gayanya macam imam kat surau kampung aku..

Selesai je solat, baca doa semua,salam2 semua, pak cik tu berpaling pada aku dengan berkata, ” Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...”

” Alamak, die nak bagi tazkirah ke?”, aku terkasima sebentar..hehe..

”Terima kasih lah jemaah dengan atuk ye..benda ni klau ade sorang yang buat, adalah yang ngikutnye..Terima kasih banyak2..terima kasih ye..”, sambung pak cik yang sempat meng’introduce’kan dirinya yang berasal dari nogori ni..

Aku dan sahabat aku mengangguk2 tanda faham dengan apa yang cuba di maksudkan nya..

Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan kesatuan umat Islam. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malapnya keimanan mereka adalah bila mereka meninggalkan solat secara berjemaah.

Sebetulnya, memang susah nak maintain benda ni klau tak sama2 buat. Tambah lagi susah jika ada orang yang tak tahu kelebihan solat berjemaah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
6

Perbezaan Watak Kepimpinan Abu Bakar Dan Umar

apis 13 October 2009



Abu Bakar yang dikenali dengan seorang yang hartawan dan antara golongan awal yang Baginda seru daripada samar jahiliah kepada sinaran akidah. Abu Bakar di lihat amat berlemah lembut, jujur dan baik hati dari segi perbuatan mahupun tutur katanya.

Berbeza dengan Umar al-Khattab, merupakan antara tokoh musyrikin Mekah yang amat menentang ajaran yang dibawa oleh utusan Allah. Kebencian yang berapi-api di dada Umar hingga ke tahap ingin membunuh Rasulullah.

Apa yang boleh diambil iktibar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah ini ialah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama.

Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat:

"Kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Saidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang sementara Saidina Umar pula dikaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras."

Semasa Abu Bakar menjadi khalifah, beliau berpegang pada prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya iaitu bersifat lembut. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin pasukan perangnya agar kedaulatan Islam dapat dipertahankan. Orang yang menjadi pilihannya ialah Khalid al-Walid. Khalid adalah individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dan strategi dalam peperangan.

Namun sejurus selepas Umar Al Khattab menjadi khalifah, jawatan untuk memimpin pasukan perang tidak dikekalkan kepada Khalid. Kerana Umar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama – suka berperang dan keras - dikhuatiri mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Saidina Umar kemudiannya melantik Abu Ubaidah al Jarrah yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Saidina Abu Bakar dan Umar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam jemaah Islam.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah gerakan Islam yang bercita-cita memperjuangkan Islam kerana cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman. Maka sudah tentu tidak boleh lari daripada perselisihan faham dan prasangka, tetapi jangan sampai memecahbelahkan ummah. Kita punyai pelbagai perbezaaan pendekatan, tapi tetap sama berpegang teguh pada panduan yang satu. Percayalah!, perselisihan dan perbezaan pendapat ini adalah satu proses mematangkan kita semua.

0

Jamuan Raya..

apis 09 October 2009


Jom2 p jamuan raya..hehe.. sape2 nk join meh la..

p/s: xde bnda nk post..hehe

0

Doa Dalam Kemenangan

apis 11 September 2009



Memandangkan semua dah tak sabar dah tunggu post aku seterusnya, so hari ni aku post la..hehe..macam2 kene sindir..adoi..bgus2 kutukan membina..hehe. Ada je tapi hold dulu. Sebab sibuk sangat. Ok2, so chapter seterusnya pada kali ni, aku akan bawakan satu kisah bes..haa ni nak citer la sikit ni...kalau ada pen tak yah tulis lah, baca je..hehe.

Dalam bulan Ramadhan ni, ada satu kisah yang tak kurang penting jugak berlaku. Dalam bulan yang mulia ni berlakunya Perang Badar. Perang ni berlaku pada tahun kedua Hijrah yang menyaksikan pertembungan antara tentera Islam seramai 313 orang dengan tentera kafir Musyrikin seramai 1000 orang. Ish, gile toi... 3 kali ganda tu..dah tu tentera lawan lengkap bersenjata dan penuh dengan latihan ketenteraan sedangkan ada yang mengatakan tentera Islam hanya berkelengkapan senjata seperti pelepah tamar dan cangkul je..sempoi gile...

Tapi yang menariknya, dalam keadaan yang sedikit ni nak tunjuk kepada kita, Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Aku nak fokuskan keadaan Rasulullah sebelum perang. Sayunya aku bila aku imagine saat genting yang Rasullah dan umat Islam sedang hadapi masa tu. Rasulullah telah berdoa kepada Allah sambil bermunajat dengan sungguh-sungguh dan penuh pengharapan dengan memohon:

“Ya Allah Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini.”

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Haa..tengok tu, nak tunjukkan betapa khusyuknya Rasulullah berdoa. Sehinggakan Abu Bakar as-Siddiq yang berada di samping Baginda, tak tahan tengok keadaan Baginda lalu memujuk dengan berkata:

“Wahai Rasulullah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu.”


Selepas tu, turun wahyu yang menjanjikan pertolongan Allah kepada umat Islam dalam perang ni. Sebagaimana dipetik daripada Surah al-Anfal ayat 9 yang bermaksud:

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu diperkenankanNya bagimu, ”Sungguh, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”


Akhirnya, tentera Islam mengecapi kemenangan besar dengan izin Allah berbekalkan iman yang mantap dan strategi perang yang sistematik. Ternyata Allah telah memberi pertolongan kepada umat Islam, bukan saja dengan pertolongan malaikat bahkan angin dan debu. Sekaligus tersimpan kemenangan bermakna ini dalam lipatan sejarah Islam hingga kini. Wah, menang jugak akhirnya...

Actually, kisah ini secara tak langsung nak gambarkan dengan jelas peranan doa dalam kehidupan kita seharian. Kita as a Muslim dituntut berdoa hanya kepada Allah. Sesuai dengan apa yang Allah rakamkan dalam Surah al-Fatihah ayat 5:

“Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan.”


Betapa kita adalah makhluk yang lemah dan serba kekurangan. Oleh itu, manusia yang berhajatkan kepada pertolongan Allah, digalakkan berdoa bukan hanya masa susah or sakit je, bahkan dalam masa kita senang atau sihat. Bukankah Rasulullah ada menegaskan yang bermaksud:

“Doa adalah senjata mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi.” (Hadis riwayat Abu Ya’la)


Teringat aku masa dengar kuliah maghrib kat masjid kampung aku yang lawa tu. Ustaz tu kata, kita dengan sesama manusia, mesti ada yang tak suka kalau kita jenis yang mintak2 ni. Lebih2 lagi yang mintak banyak kali, mintak pula benda yang kita sendiri tak pernah ada, rasa nak baling dengan kasut Crocs saiz 7 je..hehe. Tapi Allah paling suka kalau kita meminta apa saja kepadaNya. Lagi banyak mintak lagi suka. Lagi banyak doa lagi suka. Minta je apa saje sebab Allah tu Maha Kaya.

Kehidupan yang diciptakan Allah untuk manusia ni penuh dengan ujian dan dugaan. Ia bagi menguji jauh mananya sabar kita. So, usah berputus asa kerana ada rahmat di sebaliknya yang kita tidak ketahui dalam hidup ini, teruskan lah berdoa pada Allah Pengasih, Pemurah dan Penyayang.. Pergh, macam lirik lagu Nice plak..hehe. Sori2, terbawa-bawa..hehe..

Pun begitu berdoa je tak cukup kerana setiap Muslim tak digalakkan hanya harapkan bantuan Allah semata-mata tanpa sebarang usaha terlebih dulu. Tawakal dalam Islam perlulah dengan daya usaha dan ikhtiar sungguh-sungguh nak dapat. Pastu, baru berserah kepada Allah. Muhasabah untuk diriku juga..
 
Copyright 2010 Dengan NafasMu